::. INGIN MENDERMA UNTUK "TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU"...

klik sini untuk keterangan lanjut http://masjidtokguru.blogspot.com/

::. BLOG INI BERSAMA TGNA MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN

BLOG INI MENOLAK SEKERAS-KERASNYA IDEA KERAJAAN PERPADUAN DAN PEMIMPIN YANG PRO KERAJAAN PERPADUAN. ANDA DIPERSILAKAN LETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT!

::. Penjenguk Setia

::. PILIHAN TEPAT

::. PILIHAN TEPAT
Ikon Perpaduan Rakyat Malaysia

::. KAMI SOKONG

::. KAMI SOKONG

::. Mari Menonton

MACAM RETAK MENANTI BELAH AJE KITA LIHAT.. SILA SILA SILA.. HENTAM LAGI

::. HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA

::. HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA
Kami berdiri teguh dibelakangmu... Semoga Allah berkati TGNA

Kekalahan kali ke 8 Umno BN dalam Pilihanraya Kecil membuktikan bahawa:

::. PESANAN BUAT BEBERAPA KERAT MANUSIA DI DALAM PAS

AWAS!!!

JANGAN CUBA MENTERENGGANUKAN PAS!

Untuk selesaikan kemelut kepimpinan PAS, Tok Guru Presiden perlu letak jawatan?

Yakinkah anda idea Kerajaan Perpaduan sudah lenyap dari pemikiran puak Pro UG?

Pemimpin yang sepatutnya MENGETUAI PAKATAN RAKYAT ialah:

Thursday, November 26, 2009

Ir Mustafa Salleh layak Ketuai PMBK

MOHON maaf kepada semua pimpinan, khususnya TGNA. Bukan ingin mendahului sesiapa, apatah lagi membelakangkan TGNA. Bukan juga berniat untuk mengguris hati sesiapa.. sekadar membantu setakat termampu.

Kemelut dan fitnah yang memporak perandakan PMBK nampaknya makin sejuk dengan langkah penuh maruah dan berjiwa besar CEO nya, Ir Ariffahmi. Syabas dari kami kerana terbukti anda lebih mengutamakan jemaah dan parti berbanding kepentingan sendiri.

Keduanya, bila jawatan diletak, maka pastinya kerusi tersebut kosong dan perlu diisi bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan PMBK menabur bakti kepada rakyat.

Atas dasar dan tanggungjawab itulah, kami gagahkan diri di sini untuk mencadangkan sesuatu.

Pada kami, memang ramai anak-anak Kelantan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut. Antara yang kami lihat amat berpotensi ialah Timbalan Ketua Eksekutif - Perancangan dan Pembangunan PKINK, Ir Mustafa Salleh.

Kemampuan beliau dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan amatlah diyakini. Dengan latar belakang pendidikan di bidang Kejuruteraan dan juga Pengurusan Perniagaan, beliau dilihat mempunyai kemampuan untuk menguruskan organisasi besar seperti PMBK ini.

Beliau pernah menjadi Ahli Majlis, Majlis Daerah Tanah Merah selama beberapa tahun sebelum diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan ketiga tertinggi di dalam PKINK oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Tulisan Nik Abduh tidak menjernihkan, tetapi mengeruhkan...

PADA kami, selain ketegasan dalam berdakwah dan berdarahkan keturunan Tok Guru serta Raja Berdaulat, Nik Abduh juga dikurniakan dengan ilmu bahasa yang amat indah dan puitis.
Sesiapa sahaja yang mengikuti blog beliau pasti akan terpesona dengan keindahan bahasa Nik Abduh, malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang mula 'jatuh hati' dengan gaya penulisannya yang puitis itu.
Tapi sayang, dengan darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah keturunan Tok Guru, dan Raja Kelantan dahulu kala, dan dengan ilmu agama yang dimiliki hasil ketekunan menadah kitab di India, Pakistan dan Mesir, kami lihat masih ada kegagalan yang nyata pada beliau, khususnya bab menguruskan nafsu amarah dan emosi. Dengan bahasa yang lebih mudah difahami, beliau anti kepada kritikan.
Nik Abduh idola kami sejak dulu, bukan kerna berlatar belakangkan TGNA atau bertunjangkan darah diraja. Tetapi kerna kepetahan berhujjah, ketinggian ilmu, keluhuran budi, dan ketinggian pekerti. Sifatnya mendamaikan, bukan menjarakkan lagi hubungan. Sikapnya juga lunak, dan menyejukkan perbalahan, bukannya menyemarakkan.
Itulah Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kami jadikan idola dulu. Tetapi kini, entahlah.... kami sendiri terkelu dan terkedu seribu bahasa. Adakah Nik Abduh yang berdiri gagah hari ini merupakan Nik Abduh yang dulunya begitu sabar dan berlapang dada dalam menerima kritikan?
Adakah Nik Abduh yang kami kenali dulu merupakan Nik Abduh yang sikapnya sentiasa mendamaikan, bukan memporak perandakan?
Soalan-soalan semudah itu pun gagal kami jawab sehingga sekarang. Mungkin itu semua persepsi berwajah emosi, mungkin juga fitnah yang bermaharajalela, ataupun fakta yang telah bertukar auta, tetapi apa pun keadaan dan sifatnya, Nik Abduh sekarang rasanya bukan lagi Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang kami puji puja 10 tahun dulu. Banyak gerak gerinya mula bernada emosi dan seakan ada dendam.
Contoh terbaru adalah artikel terbaru yang dimuatkan dalam blognya ini, berlatar belakangkan keluarga, PMBK, TGNA, jawatan, penasihat MB, Exco kepercayaan dan sebagainya yang saling resap meresapi.
Jika diamati artikel ini dari awal hingga nokhtar terakhir, dan dilumati gelodak jiwanya, maka kita akan dapati seolah-olah wujud satu jurang yang amat besar diantara Nik Abduh dan beberapa kerat manusia yang ada disekeliling TGNA. Dan antara manusia tersebut ialah Datuk Husam Musa.
Bagi kami, ke kanan pun kami tidak, ke kiri pun kami tidak. Bersikap dengan lagak penghuni atas pagar adalah jalan terbaik bagi kami setakat ini. Tetapi, desas desus sebelum ini yang bertiup kencang sebenarnya hampir disahkan sendiri oleh Nik Abduh sendiri dalam artikel terbarunya itu.
Antara Nik Abduh dan Husam Musa seolah-olah ada kudis yang sedang bernanah, hanya menunggu untuk pecah dan menghamburkan segala keburukan dan kejijikan 'nanah-nanah' dendam, kebencian dan persengketaan.
Apa sebenarnya yang berlaku ini? Apa perlu Nik Abduh sebagai orang agama menzahirkan permusuhan beliau? Percayalah, sebahagian kenyataan dalam artikel tersebut sedikit pun tidak menjernihkan, tetapi mengeruhkan lagi keadaan yang dilihat semakin keruh....
".....saya menerima sms daripada seorang kawan di Kelantan
memaklumkan berita ura – ura perletakan jawatan
seorang pemimpin PAS kesayangan ayahanda.
Saya bungkam beberapa ketika. Beberapa hari sebelum
perkhemahan, saya telah diberi ingat oleh seorang rakan bahawa politik desas
–desus perletakan jawatan akan mengisi kocak air politik negeri Kelantan
tidak lama lagi. Ia dirancang dan rancangan itu disusup keluar dari peti yang
tiris dek karat besi yang dititis air mata keinsafan. Saya enggan
membenarkan tetapi saya dipaksa menerima hakikatnya pada pagi
itu.

Kesan yang dinanti harapkan adalah ayahanda menghulurkan mawar. Ia menjadi. Ayahanda menjirus dengan harumi mawar di tepian telaga Kauthar, bukan merenjis di kubur yang menanti sepi. ......."

Wednesday, November 25, 2009

Desakan agar TGNA jadi Ketua Pakatan Rakyat sepatutnya dari PAS

PELIK sungguh perangai Pimpinan PAS sekarang ini yang diketuai TGHH. Entah dimana silapnya, desakan agar TGNA Ketuai Pakatan Rakyat yang telah didaftarkan sebagai sebuah gabungan datangnya dari mulut pimpinan PKR, dan bukannya dari Pimpinan PAS. Apa yang Pimpinan PAS buat nie? Atau masih leka dan lena dengan agenda Kerajaan Perpaduan? Atau sedang berhempas pulas merangka strategi agar idea Kerajaan Perpaduan dapat direalisasikan.

Sepatutnya bukan Datuk Zaid Ibrahim yang mula-mula mengutarakan cadangan bernas ini. Ianya patut keluar dari mulut Pimpinan Tertinggi PAS terutama Timbalan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agong dan sebagainya. Itu sahaja caranya bagi kami untuk membolehkan PAS terus gah dengan dasar perjuangannya yang tidak meminggirkan mana-mana pihak atau kaum serta pegangan agama.

Bukankah atas dasar itu idea Kerajaan Perpaduan mahu ditubuhkan? Kononnya KERAjaan Perpaduan perlu diwujudkan memandangkan Islam dan Melayu semakin tertindas.

Nah, sekarang ini idea dan cadangan tersebut telah dimajukan oleh orang lain. Kalian pula dimana? Kenapa tidak wujudkan satu 'gerakan khas' untuk merealisasikan hasrat murni ini? Apa tindakan kalian semua? Takkan berdiam diri kut sebab bukan nama kalian yang dicadangkan oleh Datuk Zaid.
Tindakan kalian (Pimpinan PAS) amat memalukan. Atau sudah wujud unsur-unsur tidak wala' kepada TGNA selaku Pemimpin Tertinggi Sekali dalam PAS? Atau ada manusia-manusia laknat yang mula iri hati dengan sambutan demi sambutan serta penghargaan demi penghargaan yang TGNA dapat dari masyarakat?
Kalau ada, dua saja caranya... samada anda buang perasaan dan dendam serta iri hati itu jauh-jauh, atau anda pergi jauh-jauh dari parti dan jemaah yang mulia ini.

Kami tidak mahu berketuakan mereka-mereka yang korup kuasa, korup idea, lembik dan tidak bermaya, mengkhianati parti dan amanah (Muktamar), bersikap talam dua muka, dan bacul dalam berpolitik.

Kalau kalian (para pimpinan PAS) mahupun wakil-wakil rakyat PAS yang ada sikap dan sifat-sifat diatas, kalian dipersilakan undur secara terhormat. Ramai lagi individu yang betul-betul wala', ikhlas, jujur, amanah dan tidak mengkhianati parti ( seperti memanggil blogger Umno ker rumah sendiri) di dalam PAS.

Salah satu kelemahan CERITA MELAYU.... skripnya & jalan ceritanya mudah dijangka.

ALAM perfileman Melayu hebat, bukan tak hebat. Hero dan heroinnya pun bagus, mantap dan menghiburkan, bukan tak bagus, tak mantap dan tak menghiburkan.
Keberkesanan lakonan pun ada, menjiwai watak agak menonjol la jugak... tetapi...
Yang amat sedih dan boleh menyebabkan kita tawar hati untuk mengikuti cerita dan filem Melayu ni sebab skrip dan jalan ceritanya mudah dijangka. Cerita baru main tak sampai separuh lagi, kita dah boleh agak apa akan berlaku selepas ini, siapa yang akan dimaki, kat mana tata letaknya dan apa ending ceritanya...samada happy ending atau sebaliknya. Itulah kelemahan cerita Melayu, pada mula cerita gempaknya lebih-lebih, di pertengahan cerita lagilah gempak tetapi diakhir cerita ianya akan berbalik ketempat asal, bosan lagi membosankan.
Begitu jugalah perjalanan badan kehakiman kita. Mula-mula Nizar sah Menteri Besar Perak, lepas tu tangguh, lepas tu rayu lagi.. sah sekali lagi.. lepas tu tangguh lagi sampai la sekarang... alih tak alih yang sedang goyang kaki adalah Pengarah Haram, Pelakon Haram, dan Penerbit Haram. Makan gaji haram dan duit rakyat.
Begitu juga alkisahnya dalam drama bersiri Dun Kota Seputeh. Mahkamah Tinggi kata kosong, dakwa SPR tidak menjalankan tugas yang sepatutnya. SPR dan BN rayu, masih lagi Mahkamah Tinggi kata kosong. Penonton dah berbelah bagi... ada yang seronok dengan keputusan itu, tidak kurang juga yang amat gusar.
Alih tak alih, SPR dan BN merayu lagi, kali ini di Mahkamah Rayuan. Dan sebagaimana skrip yang telah dirancang tetapi dapat dihidu rakyat, begitulah perjalanan 'cerita' ini berlangsung. Akhirnya SPR dan BN dapat perintah pengangguhan.
Hebat bukan 'cerita dan perfileman Melayu'. Pelakonnya terlalu pengikut skrip dan olahan Pengarah, tanpa sedikitpun berani untuk melakukan aksi-aksi atau dialog-dialog spontan yang tentunya lebih menghiburkan.

Tuesday, November 24, 2009

KOMEN PILIHAN: MPKB OH MPKB.... INI ADUAN UNTUK KALIAN

LAZIMNYA, kami tidak akan melayan mana-mana komentar yang dihantar tanpa nama, tetapi memandangkan komentar ini menyentuh sedikit sebanyak perjalanan pentadbiran salah sebuah PBT seliaan Kerajaan Negeri, maka kami ambil keputusan untuk siarkan komentar ini agar ianya lebih bersifat 'ubat yang akan merawat, dan bukannya barah yang akan membunuh'. Semoga kita sama-sama berlapang dada mengikut luahan hati salah seorang pengunjung blog kami ini....

Kepada penulis komentar ini, kalau betul-betul sayangkan PAS, kenapa perlu bertindak memangkah Umno yang korup? Itu tindakan tidak bijak. Yang bersalah adalah sesetengah atau beberapa kerat manusia yang menggunakan wadah parti untuk berselindung atau melindungi segala perbuatan. Jangan hukum PAS, kamu kena hukum orangnya.

KOMENTAR TERSEBUT BERBUNYI BEGINI...

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1.
Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2.
Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3.
MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRIKami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ.

KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRIKOTA BAHRU,
KELANTAN



Nota:
Kami perlukan komentar dan nasihat serta tunjuk ajar daripada para pengunjung sekalian. Sebagai contoh, mungkin penggantian 'Overtime' dengan 'Cuti Ganti' itu adalah prosedur yang dibenarkan oleh perkhidmatan awam, tetapi kita yang bawah saja tidak tahu prosedurnya.


Artikel Pilihan: TGNA PERLU BERSIHKAN KERAJAAN PAS KELANTAN

Terima dengan hati yang terbuka.... dipetik dari LEE COPPER
Demi kelangsungan dan nama baik PAS dan dirinya sendiri sebagai Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz telah mengarahkan Menantunya letak jawatan CEO PMBK. Ini ciri pemimpin yang hebat dan cool. Dia boleh dengar pandangan orang dan dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk pada PAS dan Kerajaan PAS Kelantan.

Bercerita tentang Kerajaan PAS di Kelantan aku fikir Tok Guru perlu mengambil langkah yang lebih drastik. Beliau perlu membuat pembersihan dalam Kerajaan PAS Kelantan. Selain Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) banyak juga jawatan-jawatan lantikan politik dalam kerajaan yang kadang-kadang jadi 'redundant" hanya kerana hendak jaga hati dan bagi pendapatan pada mereka saja.

Tok Guru perlu meneliti setiap seorang barisan Exco. Bagaimana prestasi mereka, apakah mereka lebih berpolitik dari menjalankan tugas hakiki, adakah mereka terlibat dengan komplot-komplot tertentu, dengan siapa mereka bercampur, bagaimana jabatan di bawah seliaan mereka berfungsi dan pelbagai persoalan lagi.

Selepas meneliti dan mengkaji bolehlah Tok Guru ke istana dan singkirkan sapa-sapa yang patut disingkir dan lantik yang dikira boleh bekerja untuk Rakyat Kelantan bukan yang bekerja untuk diri sendiri atau kelompok sendiri atau parti sendiripun jika bertentangan dengan kehendak Rakyat Kelantan.

Di samping itu lain-lain pegawai-pegawai lantikan politik dalam Kerajaan PAS Kelantan perlu juga dirombak. Tutup agensi yang tidak berguna dan hanya jadi tempat pemimpin PAS bekerja untuk sara diri. Suruh mereka pergi cari kerja sendiri, berniaga dll. Bukan tugas kerajaan bagi mereka makan. Kalau mereka marah... itu tandanya mereka bukan pejuang PAS!!!

Tok Guru juga perlu ambil perhatian!! Seteru utama PAS Kelantan iaitu UMNO Kelantan sekarang diterajui oleh Mustafa Mohammad. Dia nyaris membikin sejarah dalam PRU11 yang lalu. Kali ini dalam PRU13 dia tentu ada caranya lebih-lebih lagi UMNO diketuai Najib Razak.
Wajib diingat Najib Razak bukan Abdullah Badawi. Dia lebih cerdik dan lebih brutal dari Dollah Badawi. Tahap brutal Najib ni tak memang tak boleh digambarkan apa yang akan dilakukannya.
Kebrutalan Najib ini menyebabkan dia boleh melakukan apa saja yang dia suka.

Jika Tok Guru membuat pembersihan dan korbankan apa yang patut dikorbankan, Insyaallah dalam PRU13, PAS di Kelantan tetap unggul.

Yang SPR dok sibuk merayu ni sebab apa?

MAHKAMAH sudah buat dua kali keputusan. Kedua-dua keputusan itu setakat ini tidak memihak kepada SPR dan juga parti komponennya iaitu Umno BN.

Yang kami pelik dan rasa nak muntahnya, SPR ni dok sibuk merayu pasai apa? Hang dah takde keje ka? Dah selesai ka bersihkan daftar-daftar pemilih dari pengundi hantu, yang tak wujud, atau pun yang dah meninggal?

Yang hang dok kalut nak merayu untuk tangguhkan keputusan pengosongan ni sebab apa? Kut ye pun nak mengampu, menjilat, bodek Najib, tak perlu la hangpa semua jadi sehina dan sejijik ini.

Mungkin hangpa boleh gunakan klausa lain untuk menjustifikasikan rayuan yang hangpa buat tu. Belanje besar la untuk pilihanraya, takde masa la, dah banyak sangat pilihanraya la.. macam-macam alasan hangpa leh buat. Tapi hangpa ingat, suara rakyat suara keramat.

Nanti tak pasai2 dengan hanga2 skali rakyat gulingkan dalam PRU 13 nanti. Masa tu hangpa tau la nasib hangpa macam mana. Nak kata melukut ditepi gantang tu kami rasa hina sangat, tapi lebih kurang tu la hangpa semua nanti. Datang tak menambah, pergi tak berkurang. Dok lagu tu jugak.

Masa tu kalau hangpa baru nak tertobat atau mintak maap dengan sesiapa, kirim salam lah ya.. dah terlambat.

Monday, November 23, 2009

Kalau NIK AZIZ tidak BEBAL.. apa perlu anak-anak buahnya BEBAL?

ALHAMDULILLAH... sekali lagi TGNA menunjukkan jiwa besarnya sebagai seorang pemimpin apabila sanggup mendengar nasihat dan permintaan serta kritikan anak-anak buahnya dalam menyelesaikan kemelut menantu, PMBK, PAS Kelantan dan sebagainya.

Hari ini, dengan nasihat daripada Timbalan Mursyidul Am (Dr Harun Din), Tok Guru Haji Hadi (Presiden), YB Salahudin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden) dan Dr Hatta Ramli ( Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat) agar TGNA menasihatkan menantunya meletak jawatan sebagai CEO PMBK untuk menjaga nama baik pimpinan Islam, TGNA dengan jiwa besarnya sebagai seorang pemimpin sudi menerima nasihat itu, dan seterusnya setelah berbincang panjang telah mengumumkan bahawa menantunya si Ir Ariffahmi akan meletak jawatan sebagai CEO PMBK yang menjadi isu dan kontroversi itu.

Apa yang kami nak pertontonkan disini bukan perletakan jawatan CEO PMBK, malah bukan juga peranan yang dimainkan Presiden dan yang lain-lainnya untuk menyelesaikan kemelut yang direka-reka media Umno ini, tetapi kami suka hendak bawakan kepada kalian semua tentang sikap dan pendirian TGNA itu sendiri dalam konteks untuk keutuhan parti, kepentingan jemaah, kesanggupan berkorban dan kecintaannya kepada parti dan rakan.

Tentu tidak terbayang dibenak fikiran kita semua bahawa TGNA sebagai PEMIMPIN NOMBOR WAHID PAS, sanggup secara berlapang dada dan berbesar hati mendengar nasihat dari anak-anak buahnya. Seorang bapa yang begitu tegas dengan prinsip perjuangan, tetapi sanggup memberi ruang kepada anak-anaknya untuk menasihatinya, dan alhamdulillah bapa tersebut mendengar nasihat si anak apabila mendapati itu yang terbaik. Jarang manusia bersikap sebegini. Beliau sanggup ketepikan keegoaan diri, bila keputusan kolektif yang diambil untuk memperbetulkan jemaah. Beliau amat-amat mementingkan jemaah.

Itu dalam konteks TGNA. Ayuh kita lihat pula dalam ruang lingkup yang lebih luas pula; pimpinan PAS Pusat, dari Presiden hinggalah ke jawatan AJK Biasa. Satu soalan sahaja untuk kalian.... berapa keratkah yang menjiwai watak TGNA dalam konteks kesediaan menerima kritikan, nasihat, ajakan, permintaan hamba rakyat dan ahli peringkat bawahan? Berapa ramaikah pimpinan dari Presiden hingga AJK Biasa yang sanggup berlapang dada dan menurut nasihat (termasuk desakan untuk meletakkan jawatan) demi kepentingan jemaah? Rasanya kalau ada pun tidak ramai bukan?

Soalan akhir, kalau (Tok Guru) Nik Aziz tidak BEBAL, apa perlunya anak-anak buah (kalian semua la dari Presiden hingga AJK Biasa) bersikap BEBAL dan angkuh dengan segala nasihat, permintaan, desakan, asakan dan segala macam kemahuan ahli bawahan demi keutuhan dan kebaikan Jemaah?

Tidak bolehkah kalian (dari Presiden hingga AJK Biasa) belajar menelan kritikan pedas, dan juga cuba mendengar nasihat dari ahli bawahan ini? Kerdil sangatkah suara kami hingga permintaan kami ditolak tepi? Atau jijik sangatkah kami ini hingga permintaan kami untuk mengadakan EGM tidak diendahkan? ATAU KALIAN YANG BEBAL LAGI MEMBEBALKAN?


Nota:
BLOG INI BUKAN MILIK UMNO, ATAU MENERIMA APA2 IMBUHAN DARI UMNO DAN KAMI BUKAN PENCACAI POLITIK MURAHAN UMNO. KAMI SEKADAR MENGAMBIL PENDEKATAN BERBEDA DALAM MENEGUR DAN MENGKRITIK PEMIMPIN KERNA PENDEKATAN LUNAK DAN BERBAHASA INDAH KAMI TIDAK PERNAH DIPEDULIKAN.

BAGI KAMI, PEMIMPIN DATANG DAN PERGI, TETAPI JEMAAH PERLU TETAP UTUH KERANA IANYA TIADA GALANG GANTI. ngerti?

Jawapan INI untuk Blogger KUDAPERANG

INI komen KudaPerang kat Jom_Borak@PPK1. Ikuti jawapan kami ye wahai KudaPerang (mintak jangan sokong membawa rebah). Jawapan kami dalam tulisan warna merah, lambang penegasan, lambang pendirian.

23 Nov 09, 17:00
KudaPerang: Salam sahabat, sedar atau tidak, sengaja atau tidak entry-entry yang diterbit yang mengkritik secara

Jawapan PPK1: Salam KUDAPERANG. kami sedar dan memang itu pun tujuan kami mengkritik. Untuk membuka mata semua khususnya yang jenis wala' tak bertempat walaupun kepada perkara-perkara yang salah.

23 Nov 09, 17:01
KudaPerang: keterlaluan (melampau) terhadap pimpinan PAS terutama Presiden, Tim. Presiden, Pesuruhjaya

Jawapan PPK1:
Sasaran kami bukan sahaja Presiden atau Timbalan yang bagi kami hanya bilis-bilis kecil yang boleh datang dan pergi. Kalau perlu kami kritik Al Mursyidul Am untuk kebaikan parti dan Jemaah, maka Mursyidul Am pun akan kami kritik. Tetapi alhamdulillah, PAS kita ni punyai Mursyidul Am yang betul2 istiqomah dan tegas dengan prinsip perjuangan, tidak mudah goyang dengan habuan dunia dan cita-cita politik murahan berbentuk kebangsaan dan kemelayuan. Jadi, kenapa perlu kami kritik beliau.?


23 Nov 09, 17:02
KudaPerang: dan Timbalan Peseruhjaya Terengganu, dan Pesuruhjaya Selangor telah menimbulkan perasaan tidak

23 Nov 09, 17:03
KudaPerang: selesa terhadap seluruh ahli PAS dan penyokong2 Pakatan Rakyat.


Jawapan PPK1 untuk 17:02 dan 17:03.... Kritikan terhadap Puak-pauk PAS Terengganu yang bacul dan bodoh dalam berpolitik, atau Pesuruhjaya PAS Selangor yang pandai bermuka-muka dan mengkhianati parti bilamana mendedahkan rahsia parti (baiah) di depan bloggers Umno semasa beliau membuat perjumpaan dirumahnya di TTDI yang turut dihadiri Timbalan Presiden dan Roslan SMS sedikit pun tidak menimbulkan perasaan tidak selesa. Yang tidak selesa adalah puak2 yang PRO UG dan beberapa kerat yang kami layak gelarkan sebagai pengkhianat parti dan arahan Muktamar. Dan anda mungkin tidak selesa juga sebab kritikan kami tidak selari dengan anda.


23 Nov 09, 17:04
KudaPerang: Mungkin niat PPK1 baik untuk menegur pimpinan, tetapi teguran cara PPK1 buat telah menjarakkan lagi

Jawapan PPK1:
Memang niat kami untuk menegur pimpinan yang cuba membuat onar, tetapi kami juga terfikir... kalau nasihat PEMIMPIN PAS NOMBOR SATU ( Mursyidul AM PAS ye, bukan Presiden.. kena ingat tu) pun puak-puak gilakan UG tak dengar, apatah pula teguran kami. Jadi, jalan terbaik adalah kritik puak-puak UG secara terbuka dan anak jantan. Kami tegaskan sekali lagi, KAMI RELA DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN, ATAU DIPECAT KEAHLIAN SEKALIPUN atas tindakan yang kami ambik ini. Berani kerana benar, bacul kerana salah ( termasuk yang bacul tidak mahu EGM diadakan).


23 Nov 09, 17:05
KudaPerang: jurang para penyokong atas pagar yang ingin bersama PAS dan PR. Bukankah lebih baik kita menegur dan

Jawapan PPK1:
Penyokong PAS yang jenis atas pagar bukan takutkan kritikan kami, tetapi mereka takutkan dua tiga kerat pemimpin PAS yang bermuka-muka dan PRO UG. Bagi kami, pemimpin yang bermuka-muka ini tidak kiralah siapapun mereka termasuk Timbalan Presiden sama saja tarafnya dengan pencacai, pengkhianat amanah rakyat PASIR MAS.. si Ibrahim Ali.


23 Nov 09, 17:07
KudaPerang: menyarankan usaha yang lebih baik yang dapat menyatupadukan lagi jemaah PAS di atas landasan asal

Jawapan PPK1:
Kami sudah lakukan apa yang terdaya. Malah penyokong-penyokong PAS dari Parlimen Bachok sendiri tentu lebih lagi berusaha dan berkorban untuk menyatupadukan jemaah. Sebab tu mereka terima si Nasarudin Mat Isa, walaupun mereka sendiri telah mendapat maklumat yang amat banyak bahawa semasa di Parlimen Yan dulupun, Nasarudin Mat Isa jenis pemimpin yang sombong dan tidak suka jumpa rakyat. Tetapi atas dasar wala' dan nak menyatupadukan jemaah, mereka terima jugak 'biawak hidup' dalam PAS. Harapan agar 'biawak' mampu bertukar menjadi cenderawasih.. tetapi hampa. TGNA pun si Nasaruddin Mat Isa tak dengar, inikan pulak rakyat bahawan.

Tunjukkan kami Timbalan Presiden parti mana yang tidak tahu dan tidak pernah baca blog pemimpin NOMBOR SATU PARTINYA, kecuali si Nasarudin Mat Isa.?


23 Nov 09, 17:08
KudaPerang: perjuangan PAS, Membangun Bersama Islam dengan Kepimpinan Ulamak.

Jawapan PPK1:
PAS sememangnya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DAN KEPIMPINAN ULAMA', tetapi tidak semua Pemimpin PAS yang berakhlak dengan akhlak Islam yang sepenuhnya. Contoh mudah, KEPUTUSAN UNTUK TERUS BERSAMA PAKATAN RAKYAT, DAN MEMPERTEGUHKAN PAKATAN ADALAH KEPUTUSAN MUKTAMAR.. SEKALI LAGI ULANG.. KEPUTUSAN M.U.K.T.A.M.A.R. Bukan keputusan TGNA. Tetapi mengapa ada pemimpin yang sekerat dua ni begitu tegar melanggar keputusan Muktamar dan terus mendasari Kerajaan Perpaduan? Itu semua berakhlak dengan akhlak Islam ke?


23 Nov 09, 17:10
KudaPerang: Jika ada yang 'mungkin tersesat jalan' tolong lah bawa kembali ke pangkal jalan.

Jawapan PPK1:
Memang ramai yang sudah tersesat jalan, dan memang ada usaha untuk membawa balik semuanya ke pangkal jalan. Kami sendiri pun akur bahawa kami bukan mulia, tuan-tuan jauh lebih mulia dari kami, sebab itulah tuan-tuan wala' membabi buta.

Tetapi persoalannya, adalah usaha kita untuk mengembalikan manusia-manusia yang tersesat atau sengaja menyesatkan diri dalam kotak pemikiran Umno itu ingin berubah dan menyahut seruan kita? Tidak. Jawapannya TIDAK. Kalau mereka akur, takkan la TGNA terpaksa mencadangkan EGM. EGM bertujuan untuk membersihkan PAS dari beberapa kerat pemimpin yang sesat inilah. Kalau kalian yang 'sesat' dan gilakan Kerajaan Perpaduan baik Mustafa Ali, Harun Din, TGHH, Ketua Penerangan, Timbalan Presiden, Hassan Ali atau sesiapa sahaja tidak bebal, tidak begitu mudah menghukum, tidak begitu mudah melatah, tidak begitu mudah mengkhianati parti dengan agenda yang bukan-bukan, apa perlu TGNA sebagai KETUA KELUARGA yang besar ini menasihati kalian? Yang lebih sedih bila manusia sealim Harun Din pun dikhabarkan terlibat sama. Kalau betul berita ini, memang amat menyedihkan. Kalau berita ini fitnah, semoga laknat Allah kepada bloggers yang mula-mula bangkitkan fitnah ini.


23 Nov 09, 17:11
KudaPerang: Orang yang masih bukan Islam hendak di Islamkan, inikan pula orang yang telah sedia sejak asal lagi

Jawapan PPK1:
Sedarkah KudaPerang, Gagasan Bodoh Kerajaan Perpaduan yang digilai sesetengah pemimpin PAS yang bebal ini BARU SAJA MENGAGALKAN USAHA DAKWAH TGNA SELAMA 20 TAHUN UNTUK MENDEKATI YANG BUKAN ISLAM? Kalau dah jelas Umno tidak mahu Islam, sudah 50 tahun menolak dan menghina Islam, sudah 50 tahun menekan Jemaah kita jemaah Islam, habis tu kenapa perlu ada lagi golongan Kerajaan Perpaduan yang tergila-gilakan Umno yang anti Islam itu?

Islam ini bukan milik melayu saja, sedar lah wey.. ISLAM MILIK SEMUA. Menjadi kewajipan kita untuk mendekatkan orang BELUM Islam kepada Islam. Kalau yang mendakwa dirinya Islam, tetapi dalam masa sama menolak Islam secara total sebagai dasar dan asas perjuangan, kenapa perlu kita selamatkan mereka. Mereka sendiri memilih jalan itu. Lebih baik kita tumpukan usaha dakwah kita kepada mereka yang benar-benar ingin mendekati Islam, dalam konteks ini... para penyokong PAS yang BELUM ISLAM. Ada faham?


23 Nov 09, 17:14
KudaPerang: Kalau Presiden, Tim. Presiden, Pesuruhjaya dan Timbalan Peseruhjaya Terengganu, dan Pesuruhjaya

Jawapan PPK1:
Ras bangsa atau kaum bukan menjadi titik berbedaan bagi kami. Kalau Cina yang lebih Islam dari Melayu, lebih gigih melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam dari Melayu, CINA TERSEBUT AKAN KAMI SOKONG. Contoh mudah, YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak... bagi kami beliau lebih layak memimpin kami daripada sesetengah pemimpin PAS Melayu yang kononnya Islam tetapi tidak berakhlak dengan akhlak Islam. PERJUANGAN BANGSA TIDAK PERNAH ADA DALAM KAMUS PERJUANGAN KAMI.


23 Nov 09, 17:11
KudaPerang: Islam. Sama2 lah kita jaga perpaduan sesama jemaah PAS.. InsyaAllah.

23 Nov 09, 17:15
KudaPerang: Selangor tak betul, sama2 lah kita tegur dan ingatkan supaya kembali ke pangkal jalan..bukannya

JAWAPAN PPK1:
Selangor ni satu hal, terutama PESURUHJAYA PAS SELANGOR. Gelagat beliau semenjak dua menjak ini amat menjolok mata. Yang peliknya, dia boleh pulak keluarkan kenyataan sendiri, siap panggil sidang akhbar lagi... Utusan dan Berita Harian pulak tu. Dia boleh pulak buat perjumpaan dalam gelap dirumahnya dengan para bloggers termasuk bloggers dari Umno. Semua tahu kisah ini. INI SAH-SAH salah dengan parti, mendedahkan rahsia parti. TETAPI, KENAPA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN SEGERA. Timbalan Presiden dan Roslan SMS yang hadir sama kenapa tidak diambil tindakan disiplin?

Majlis apa itu? Majlis partikah itu? Atau Majlis Peribadikah itu? Apapun Majlisnya, apa justifikasi yang beliau gunakan untuk menjemput Bloggers Umno turut sama? Kalau itu Majlis Parti, acara parti, kegiatan dan aktiviti parti, lagila tidak patut Blogggers Umno turut sama. Tetapi kenapa Timbalan Presiden tidak diambil tindakan disiplin? Sebab mendapat keizinann pucuk pimpinan? Kami mahu tahu berapa kerat dan siapa pucuk pimpinan yang mengizinkan perjumpaan yang penuh pengkhianatan itu. Sila dedahkan secara umum. Kalau orang semacam inilah yang KUDAPERANG tak bagi kami kritik, atau mintak kami kritik secara berhemah, kirim salahlah. MEREKA INI BEBAL.


23 Nov 09, 17:16
KudaPerang: menggesa supaya mereka dipecat.. itu bukan kehendak TGNA.

JAWAPAN PPK1:
Betul ke KudaPerang yang TGNA bukan berkehendakkan mereka dipecat? Cuba selami balik apa hasrat TGNA dalam blognya. Asas Utama untuk TGNA cadangkan EGM diadakan adalah UNTUK MEMECAT DUA TIGA KERAT PEMIMPIN PAS (PUAK2 PRO UG) YANG SELALU MENDATANGKAN MASALAH KEPADA PARTI.

Kalau yang termasuk dalam senarai dua tiga kerat itu dipihak BENAR, kenapa perlu takut EGM? Teruskanlah EGM tu supaya mudah kami para ahli dan perwakilan mengugurkan mereka dari jawatan dan parti. Apa guna jadi ahli PAS kalau diri kita khianat kepada parti dan dasar parti.? Apa guna kita jadi ahli yang dipimpin kalau Pemimpin Nombor 1 (TGNA) PAS pun kita tak hormat dan tak patuh?

Mohon maaf atas kekasaran bahasa. Kadang-kadang bahasa yang kasar sahaja yang mampu menghadam kebebalan yang bersarang dikepala sesetengah pihak yang sukar menerima kritikan.

2 Berita Gembira dari Kelantan, 1 Dari Kuala Lumpur

2 Dari Kelantan

Berita gembira yang pertama ialah TGNA sendiri mengesahkan bahawa Husam Musa bukanlah individu yang digambarkan sebagai 'Quraisy Malaysia' dan pengkhianat oleh beliau sebagaimana tafsiran dan gambaran oleh Blogger MSO yang semua orang tahu begitu berdendam kesumat dengan Husam Musa.

Penafian TGNA ini boleh dilihat apabila beliau sendiri dengan tegas menyatakan bahawa 'kalaupun Husam ada niat untuk meletak jawatan, beliau tidak akan bagi' ketika mengulas isu ura-ura Husam Musa akan meletak jawatan Exco, dan semua jawatan dalam PAS sebelum meninggalkan parti itu. Semua fitnah yang dimainkan oleh media ini kini telah terjawab sudah.

Berita Gembira Keduanya adalah persetujuan Ir Ariffahmi yang kebetulannya Menantu TGNA untuk meletak jawatan sebagai CEO PMBK. Tindakan yang dilihat sebagai berjiwa besar itu diharap dapat mengembalikan semula kekuatan PAS Kelantan, dan menjernihkan kembali persepsi-persepsi negatif yang dipahat diminda rakyat oleh akhbar-akhbar penjilat seperti Utusan, Berita Harian, dan sebagainya yang jelas didalangi oleh Umno.


1 Dari Kuala Lumpur

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.


MASA UNTUK RAPATKAN KEMBALI SAF DAN UKHUWWAH ANTARA AHLI-AHLI

SAH... Husam bukan 'Quraisy Malaysia' yang dimaksudkan TGNA

"... Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya..."

"... Tidak ada hasrat (letak jawatan), tak berbangkit. Kalau ada pun saya tak beri..."

"... Berkenaan Husam ni, saya tidak nak sebut sebelum ini sebab takut menyingung perasaan Exco-Exco lain. Tiap-tiap Exco ada portfolia masing-masing. Tetapi portfolio Husam ni, banyak memberi manfaat kepada rakyat Kelantan..."


Begitulah lebih kurangnya ayat-ayat hikmat TGNA ketika ditanya pemberita mengenai pengunduran atau perletakan jawatan Husam Musa sebagai Exco dan semua jawatan dalam parti.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa TGNA tetap percayakan anak didiknya itu. Dan bukan Husam yang dimaksudkan TGNA sebagai 'Quraisy Malaysia' tempohari.

Malah TGNA benar-benar letakkan harapan kepada Husam Musa dalam banyak hal.

Jadi, kepada pemfitnah-pemfitnah seperti Blogger murahan si MSO (yang paling awal membayangkan Husamlah Quraisy Malaysia itu), atau sesiapa sahaja yang ada dendam peribadi dengan Husam, hentikanlah kerja khianat itu. Jernihkan kembali pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Jangan bagi tekanan yang tidak perlu kepada TGNA. Beliau bukan budak mentah dalam politik, dan beliau tahu apa yang beliau buat termasuk dalam isu Husam ini.

Kami berdiri teguh di belakang TGNA.

Sunday, November 22, 2009

PAS Kelantan pun perlu 'EGM'

PAS Kelantan dibawah pimpinan TGNA sekarang ini kelihatan sedang 'berantakan' dan dihujani dengan pelbagai isu.

Walaupun sebelum ini bermacam jenis isu yang melanda PAS Negeri, tetapi isu kali ini dilihat lebih 'tajam' dan 'menusuk', malah kalau tidak kena gaya dan cara menanganinya, tidak mustahil PAS Kelantan akan menuju kemusnahan yang amat berat, na'uzubillah.

Isu yang sedang hangat melanda sekarang ini ialah tentang wujudnya satu macam konspirasi terancang untuk menjatuhkan beberapa kerat pimpinan PAS. Antara yang dirasakan dirinya menjadi mangsa adalah Datuk Husam Musa sehinggakan beliau menyatakan hasrat untuk meletak semua jawatan dalam parti, malah juga Exco Negeri.

Tuduhan melulu bahawa Husam adalah orang penting disebalik Kickdefella yang menjalankan kerja halus dan sulit untuk menjatuhkan TGNA sebagai MB Kelantan merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan.

Tuduhan tersebut perlu diperhalusi dan diselidik dengan lebih teliti dan telus, dan sekiranya terbukti dakwaan itu benar, tindakan tegas adalah perlu.

Juga tuduhan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang mula giat mengumpul harta kekayaan peribadi tanpa memikirkan rakyat-rakyat kecil sebagaimana dakwaan Kickdefella dalam blognya. Walaupun jelas dakwaan tersebut lebih kepada auta daripada fakta, tetapi apabila ianya diulang-ulang dan diolah dengan cara yang bijak, rakyat akan pandang ianya sebagai fakta.

Tuduhan Exco Kerajaan Tempatan tidak tahu dan tidak membuat kerja juga perlu diteliti dan diperhalusi dengan jelas. Kalau tuduhan itu benar, tindakan perlu diambil. Tetapi kalau tuduhan itu melulu, keadaan perlu diperbetulkan agar rakyat dan pengundi tidak terkeliru.

Pendekatan paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah mengadakan 'EGM' secara tak rasmi. Mulai sekarang ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dan Pesuruhjayanya perlu duduk semeja untuk mengenal pasti mana-mana pemimpin, wakil rakyat, Exco atau siapa sahaja yang bermasalah atau sengaja membuat masalah.

Ambil tindakan yang paling tegas kepada yang membuat masalah, khususnya kepada mereka yang terlibat untuk menggulingkan TGNA sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan. Kalau perlu pecat, mereka perlu dipecat.

Banjir: Gelombang kedua melanda Kelantan

HUJAN yang sekejap-sekejap dan kadangkala lebat sejak pagi semalam menyebabkan gelombang banjir kedua melanda Kelantan.

Setakat jam 8.00 pagi tadi, sudah 300 orang dipindahkan melibatkan penduduk dan beberapa buah kampung di Rantau Panjang.

Paras air juga menunjukkan peningkatan di beberapa batang sungai dan tempat menyukat banjir utama termasuk Tangga Krai, Sungai Jenob, Sungai Kusial dan Tambatan DiRaja.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah perlu termasuk menyimpan dokumen-dokumen penting ditempat yang selamat. Akur kepada arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah dan pastikan tidak meminum air yang tidak dimasak dengan sempurna.

Dalam perkembangkan yang sama, Skuad Bantuan Banjir Pemuda PAS Kemahang 1 & Unit ResQ PPK1 akan mula membuka Bilik Operasi Banjir Bergerak mulai petang ini.

Saturday, November 21, 2009

Segerakan Perlantikan TGNA sebagai Ketua Pakatan Rakyat jika ingin menang.

CADANGAN Datuk Zaid Ibrahim agar TGNA dilantik dan diangkat sebagai Ketua Pakatan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat reaksi yang pelbagai dari para penyokong Pakatan Rakyat. Ada yang menyokong dan menganggap idea tersebut sebagai bernas, tidak kurang juga yang menentang idea tersebut terutama klik-klik yang rapat dengan Anwar.
Umum mengetahui TGNA merupakan seorang pemimpin yang begitu mementingkan rakyatnya. Beliau menggunakan Islam sebagai agen penyatupaduan antara semua kaum. Tidak Melayu sahaja yang kagum dan kasih kepadanya, malah kaum-kaum lain juga turut memuji corak pemerintahan dan keadilan yang diterapkan oleh TGNA.

Ramai yang menganggap TGNA sebagai Ikon Perpaduan Nasional. Cara hidupnya yang begitu merendah diri dan bersederhana dalam semua hal amat dikagumi. Ketelusannya juga diyakini semua pihak.
Oleh yang demikian, untuk kebaikan semua pihak dan untuk kebaikan Pakatan Rakyat, perlantikan TGNA sebagai Ketua Pakatan Rakyat perlu disegerakan. Dan dalam masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berlapang dada dan sanggup berkorban demi kepentingan semua pihak. Dalam hal ini, kepentingan peribadi perlu dikesampingkan terlebih dahulu.

Rasanya desakan kami ini tidak keterlaluan, apatah lagi TGNA baru saja diiktiraf sebagai antara "50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia" dimana beliau menduduki tangga yang ke 42, mengatasi mana-mana pemimpin atau individu di Malaysia termasuk Anwar Ibrahim.

Thursday, November 19, 2009

Perjumpaan DALAM GELAP DENGAN UMNO: PAS buat salah, Kalau PKR yang buat lagi la salah



BUKAN MAIN MESRA NAMPAK? Kalau perjumpaan sulit antara beberapa kerat pimpinan PAS yang bermasalah dan Pimpinan Umno di London selepas PRU 12 tempohari mendapat kecaman dan kritikan hebat kami, inikan pula pimpinan PKR sendiri.

Anwar perlu memberi penjelasan tentang dua gambar di atas. Samada ianya superimpose atau gambar sebenar bukan menjadi persoalan dasar. Yang rakyat dan penyokong Pakatan mahu tahu, atas dasar apakah pertemuan sulit tersebut?

Kalaupun atas dasar kepentingan rakyat dan parti (Pakatan) mengapa pimpinan Pakatan yang lain tidak ada dalam pertemuan terbabit?

Perjumpaan sulit ini satu tindakan yang kami dan penyokong Pakatan Rakyat tidak boleh terima. Apatah lagi Anwar dulunya datang dari perut Umno. Pernah tidur sebantal dan makan sepinggan dengan beberapa kerat pemimpin Umno yang ada dalam gambar tersebut.

Kepada penyokong Anwar, tak perlu kalian nak menegakkan benang basah. Jangan dok sokong melulu tanpa tau perkara sebenar. Takut nanti kita dok bela biawak hidup yang satu hari nanti bila terkepung akan mencakar muka dan belakang kita dengan kuku tajam miliknya.


ANWAR, SILA BERI PENJELASAN....

Wednesday, November 18, 2009

Pendedahan pilihan MINGGU INI: Harun Din TERLIBAT?

Dalam pendedahan rakaman Dialog Hasan Ali/Nasaruddin bersama Blogger yang terbaru (http://www.malaysiawaves.com/2009/11/rakaman-dialog-siri-2-perbincangan.html), Nasaruddin Mat Isa mendedahkan bahawa pada 24 April 2008, Ustaz Harun Din telah menulis sebuah kertas kerja bertajuk “Tahaluf Siyasi Pasca 2008”.

Di akhir kertas kerja tersebut disebutkan beberapa pilihan. Salah satu pilihan adalah mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Kertas kerja tersebut dibentang dalam Mesyuarat Majlis Syura pada 24 April tersebut, tetapi perkataan UMNO ditukar dengan mana-mana pihak.Ustaz Nasaruddin juga mengatakan dalam masa sebulan selepas pilihanraya umum 2008, Ustaz Harun Din telah melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Penang (tidak di Perak).

Atas motivasi inilah kertas kerja bagi mengadakan perbincangan dengan UMNO.Dengan kata lain, Ustaz Harun Din merasakan bahawa Islam dan Melayu dalam bahaya di negeri-negeri Pakatan sehingga membenarkan PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO berdasarkan perkembangan hayat kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sebulan (dalam kes Perak tidak sampai seminggu).

Apa Salah kerajaan Pakatan Rakyat pada Islam dan Melayu?
Itulah persoalan yang tidak dihuraikan oleh Dr Harun Din, mahupun Nasaruddin Mat Isa mahupun Dato Hasan Ali? Hayat sebulan kerajaan2 Pakatan Rakyat ini adalah SANGAT PENDEK bagi membuat kesimpulan Pakatan Rakyat memusuhi Islam?Juga, apa hujjah kita mahu bercakap dengan UMNO dalam hal berkaitan Islam dan Melayu sedangkan UMNO mempunyai ‘track record” memusuhi serta menentang Islam.

Bayangkan dalam bulan pertama Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Itulah dia contoh betapa kuatnya Islam pada UMNO itu.

Sumber Kelentong Terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Adalah Hasan Ali. Malahan, kesemua pendedahan Hasan Ali berkaitan dengan Selangor pun semuanya fitnah.

Misalnya, Hasan Ali pernah melaporkan kepada AJK PAS Pusat bahawa bilangan melayu dalam PBT di Selangor berada pada tahap 30%, Juga, Hasan Ali lah yang melaporkan pada JK PAS Pusat bahawa Teresa Kok menghalang azan di Selangor.Semua di atas adalah fitnah-fitnah yang dilaporkan oleh Hasan Ali yang mungkin menjadi asas kepada kertas kerja Dr Harun Din tersebut.

Malahan dalam isu arak sekalipun, ia hanya menunjukkan kejahilan serta kebodohan Hasan Ali dalam isu tersebut. Walaupun Enakmen Syariah Selangor mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, namun Enakmen tersebut tidak mengharamkan penjualan arak dalam kawasan majoriti Islam.

Juga, dalam isu SELCAT, apakah Islam yang hendak diperjuangkan Hasan Ali dengan mempertahankan pegawai2 kerajaan yang korup dan bertanggungjawab terhadap kekalahan 12 dari 20 kerusi yang PAS bertanding sebelum ini?Sudah lebih setahun kerajaan Pakatan Rakyat berjalan, namun tiada satu bukti yang menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat anti kepada Islam dan orang Melayu.

Hujjah Dr Harun Din serta Nasaruddin Mat Isa menyokong perbincangan dalam gelap dengan UMNO ini hanyalah berdasarkan kepada fitnah-fitnah yang dilayarkan oleh Hasan Ali. Hasan Ali diluar berkokok macam ayam jantan, tapi dalam mesyuarat exco senyap macam tikus.

Dalam mesyuarat antara SELCAT bersama DO2 yang dipertahankan Hasan Ali itu pun, Hasan Ali telah membisu seribu bahasa.

SELCAT dan Hasan Ali
Lagi satu kelentong Hasan Ali ialah dia kata perkara SELCAT dibincangkan sebanyak 5 kali dalam mesyuarat exco. Persoalannya adalah mengapa hal berkaitan dengan SELCAT dibincangkan dalam mesyuarat Exco? SELCAT adalah sebuah badan yang diluar badan eksekutif/exco.

Mesyuarat exco tiada kuasa ke atas perjalanan SELCAT. Malahan, wakil SELCAT tiada dalam barisan exco? Apa sebab mahu dibincangkan berkenaan SELCAT dalam mesyuarat Exco? Orang bodoh sahaja yang cakap macam ni kerana SELCAT tiada kena mengena dengan badan eksekutif yakni MB dan Exco.

Kita pun tahu HAsan Ali tak tahu apa fungsi badan seperti SELCAT kerana beliau juga mencadangkan supaya SELCAT dianggotai oleh bekas-bekas hakim. Jadi, dia pun berani kata pasal ni sebab dia tak tahu b eza antara badan eksekutif dengan legislatif. Sebab tu dia berani buat kelentong macam ni.

Fitnah Menjadi Asas Berbincang Dengan UMNO?
Itulah nampak gayanya. Pertamanya, apa asa Dr Harun Din menyuruh berbincang dengan UMNO padahal kerajaan Paka tan Rakyat baru berumur setahun?Hakikatnya usaha menubuhkan kerajaan UMNO-PAS telah mula sejak lama sebelum kertas kerja “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” lagi seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar lepas

Maka, setelah kegagalan usaha mereka menubuhkan Kerajaan Campuran PAS-UMNO di Perak dan Selangor, maka kertas kerja seperti ini dihasilkan oleh Harun Din.

Dan benar, mengikut maklumat yang saya dapati, sememangnya Harun Din yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengkaji semula keputusan menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP. Yang lebih lucu, Ustaz Nasa mengatakan kertas kerja Dr Harun Din dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak, sedangkan sehingga hari ini tiada satu bukti bertulis pun wujudnya mesyuarat pada 24 April 2008?

Sehingga kini, minit mesyuarat tersebut TIDAK PERNAH DIBENTANGKAN hatta kepada Mursyidul Am sendiri.Itulah dia sejarah bermulanya perpecahan dalam PAS. Apabila ada sekumpulan kepimpinan yang sudah kemaruk mahu duduk sekelambu dengan UMNO dan mengada2kan berbagai alasan untuk berbuat demikian.


Sumber:
Tulang Besi

Tuesday, November 17, 2009

TGNA Ketuai Pakatan Rakyat: Anwar perlu berlapang dada

CADANGAN BERNAS Datuk Zaid Ibrahim kami perhalusi, dan setelah membuat beberapa pertimbangan politik dan keperluan yang kian menghambat masa, kami rasa cadangan tersebut amat sesuai dan memerlukan sokongan semua pihak termasuk semua Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pada hemat Datuk Zaid Ibrahim sudah tentu ada beberapa kriteria atau ciri-ciri yang ada pada TGNA sehinggakan orang seperti Datuk Zaid Ibrahim pun sanggup mencadangkan TGNA sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia.

Apa pun alasan yang diberikan Datuk Zaid Ibrahim, mungkin berdasarkan pandangan dan pertimbangan beliau yang sememangnya begitu berpengalaman itu.

Apapun alasannya juga, TGNA tetap perlu mengetuai Pakatan Rakyat ini. Dan dalam hal mengangkat TGNA ke jawatan tersebut, bukanlah Ketua sekarang tidak layak. Tetapi buat masa ini TGNA adalah jauh lebih layak dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Untuk merealisasikan hasrat murni ini, tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat perlu menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi, lebih-lebih lagi DSAI sendiri.

DSAI perlu menerima hakikat ini dengan dada yang lapang dan minda yang bebas dari unsur-unsur dengki atau kebimbangan akan terlepas jawatan PM jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia nanti.

TGNA sebagai seorang negarawan ulung, dan pengaruh yang ada lebih mampu menarik minat pelbagai kaum untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Sikapnya yang mudah didekati, dan tegas dengan prinsip perjuangan serta tidak mempunyai sebarang rekod buruk amat menarik minat rakyat.

Doa Tok Guru Nik Aziz InsyaALLAH makbul dan berkat.

Kami di PPK1 SOKONG 100% TGNA DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PAKATAN RAKYAT.

Kempen RM2 untuk Tok Guru Ke Mekah: Senarai Penyumbang terkini

MEREKA dibawah ini sudah menyahut cabaran. Ayuh, jangan kita ketinggalan. Kita kumpul RM65,000 secepat mungkin. Sama-sama kita berganding bahu 'merasuah' TGNA. Biar berputar kepala SPRM siasat rakyat. Sama-sama kita buktikan kecintaan dan penghargaan kita kepada TGNA.



MISI MENCARI BERKAT SEORANG TOK GURU TERMASYHUR!


SETAKAT INI BARU ADA 32 ORANG 'PERASUAH'. AYUH BERAMAI-RAMAI SAHUT CABARAN INI.


Sumber:
http://perakexpress.com/www/2009/11/17/senarai-penyumbang/



1. Mohd. Faesal Mazlan bin Jamean..... RM20.00.
2, Hazli bin Md. Isa ......RM10.00
3. Thoha Jamal .....RM5.00
4. Zainol Azmi Yaacob ......RM10.00
5. Sahwaluddin Ali (Shawal) .....RM5.00
6. Mohd Zaidi Bin Razak .....RM10.00
7.Abdul halim Mohd Noor .....RM10.00
8.Muhammad Naeim Ishak .....RM10.00
9. SuhaimiShilaAqeef .....RM30.00
10. Mohamed Nor Harun .....RM50.00
11. Mohd Adlan bin Abd. Wahab .....RM15.00
12. Mohd Khairul Anuar bin Ra? ......RM15.00
13. Mohd. Firdaus bin Rosli .....RM10.00
14. Nurhalimatun bt Mohamad ....RM5.00
15. Zaini binti Ismail .....RM10.00
16. Mohd Haslan bin Abd Rahim .....RM10.00
17. Abdul Malek bin Osman .....RM10.00
18. Misamudin Musa .....RM5.00
19. Mohd. Haslan bin Abdul Rahim .....RM10.00
20. Najamuddin bin Zabidi .....RM50.00
21. Muhammad Zulfadl .....RM10.00
22. SHEHAB .....RM500.00
23. asmymm .....RM50.00
24. Hj Dr Nazrul Azam .....RM100.00
25. Mohd. Nuri Al Amin Endut .....RM50.00
26. Rosli Ahmad .....RM5.00
27. Anuar Syamsi bin Md Yasin .....RM50.00
28. Hasmat bin Buang .....RM5.00
29. Ahmad Shahril bin Jamaludin .....RM5.00
30. Kamarudin bin Mustafa .....RM10.00
31. Mohammad Sukri Sabri .....RM10.00
32. Zuraida Bt Zakaria .....RM50.00



JUMLAH TERKINI: RM1,145

Terima kunjungan yang ke 26,000 hari ini.

SETELAH berbulan-bulan hadir di alam siber yang tak bersempadan ini, akhirnya blog kerdil yang tak seberapa ini menerima tetamu yang ke 26,000 sekitar jam 3.52 petang tadi.

Bagi blog kerdil seperti kami ini, dengan pengisian yang tidak seberapa dan mungkin tidak berilmiah bagi sesetengah pihak, angka 26,000 tersebut adalah satu angka yang boleh dibanggakan, tetapi masih perlu dipertingkatkan.

Tujuan kehadiran kami ke alam siber ini yang paling utama adalah untuk berkongsi maklumat, idea, dan pengalaman yang tidak seberapa. Mungkin dalam proses perkongsian pintar tersebut wujud kritikan, cemuhan, leteran, omongan yang tidak memberi kepuasan hati atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Jika berlaku dan kami yakin perkara itu berlaku, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf.

Dan dalam masa sama, sebagai menghargai dan menghormati kebebasan bersuara, dan atas dasar 'mengkritik, mencemuh untuk kebaikan', kami akan tetap seperti kami; tanpa prejudis, akan terus mengkritik dan mencemuh mana-mana perkara yang tidak baik dalam PAS, memuji mana-mana yang elok, dan menyokong mana-mana perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umum.

Kepada yang menyokong pendekatan kami, ucapan terima kasih adalah yang selayak perkataan dengan harapan sokongan tersebut tidak membawa rebah. Kepada yang memarahi kami atau masih bebal dengan sebarang nasihat, kritikan dan cemuhan, kami tetap hormati anda selagi anda semua hormati kami. Kami mohon juga kepada yang jenis bebal ini, buangkan lah sikap dan sifat bebal itu jauh-jauh kerana bebal (bodoh sombong) membawa kepada kehancuran.

Kepada pak-pak wala', tahniah dan terima kasih di atas kewalakan anda kepada pimpinan. Namun satu saja kami mohon, jangan anda celaru dan keliru antara wala' dan pak angguk. Dua perkara berbeza yang menatijahkan kesan yang berbeda.

Kepada Tok Guru Presiden, kami mengharapkan agar Tok Guru buktikan sesuatu dalam masa terdekat. Jangan biarkan kami atau orang lain memandang rendah kepada Tok Guru ekoran tindakan Tok Guru sendiri yang sejak akhir-akhir ini seolah-olah hilang taring. Kami rindukan Tok Guru Haji Hadi yang ucapkan kata-kata keramat dalam Amanat Haji Hadi dulu.

Kepada Nakhoda Kapal yang amat-amat dihormati iaitu Tok Guru Nik Aziz, jatuh bangun suka duka kami tetap akan bersama Tok Guru untuk mara menentang segala musuh yang mendepani kita baik dari dalam mahupun luar. Kami amat bangga mempunyai Ketua Parti yang amat-amat tegas dengan prinsip perjuangan, bijak sepak terajang politik, ikhlas berjuang untuk Islam dan rakyat.

Kepada para penjenguk, sokongan dan kehadiran anda ke blog kami selama ini amat-amat kami hargai. Ambillah apa yang baik dari blog kami ini, dan buanglah apa yang kalian fikir satu mudarat dari blog kami ini. Teguran, kritikan, sumbangan dan perkongsian pintar yang kalian semua jalin selama ini amat mendapat tempat dihati kami. Terima kasih untuk itu semua.


Mat Saman Kilo
Editor Kanan,
Blog Pemuda PAS Kemahang 1 (PPK1)

Tuduhan mengkhianati TGNA: Husam akan jawab pada 19 November ini

PEMECATAN duri dalam daging PMBK si Kickdefella nampaknya telah menimbulkan pelbagai masalah kepada semua orang. Pelbagai tuduhan dan ancaman serta ugutan datang dari beliau berupa pendedahan dan kritikan.

Buat masa sekarang ini, si Kickdefella memang sedang galak 'menendang' di sana sini. Ramai yang dah mula khuatir dan sangsi dengan beliau, dan sudah wujud persoalan atas tujuan apa beliau diambil bekerja di PMBK dulu, dan siapa yang aturkan perjalanannya ke PMBK.

Individu yang paling terpalit dalam isu ini tentulah Datuk Husam Musa, yang mana pada sidang media pun si Kickdefella mendakwa bahawa beliau walaupun diambil bekerja dengan PMBK tetapi bertanggungjawab melaporkan terus kepada Datuk Husam, dan dikawal selia oleh Husam, bukannya PMBK dan CEO nya.

Datuk Husam juga dituduh hebat kononnya telah berkonspirasi bersama Kickdefella dan beberapa orang lagi untuk menjatuhkan TGNA sebagai Menteri Besar. Setakat ini semua itu hanya teori, yang disokong oleh sedikit fakta yang munasabah dan tidak munasabah.

Untuk mengetahui cerita sebenar, tunggu 19 November ini apabila dikhabarkan kononnya Husam Musa buat pertama kalinya selepas isu ini meletus akan tampil dikhalayak ramai untuk membuat pengakuan terbuka dan pengesahan serta beberapa pendedahan yang mungkin akan menggemparkan semua pihak. Sekiranya betul maklumat yang kami terima ini, pendedahan dalam satu ceramah ini akan kami maklumkan kemudian dari segi lokasi dan masanya.

Apa yang kami harapkan, pendekatan terbaik telah diambil oleh semua pihak untuk menyelesaikan segala masalah yang terjadi ini.

Jom sertai 'RM2 Untuk Tok Guru Ke Mekah'


DARI segi kemampuan kewangan, TGNA memang mampu untuk pergi dengan duit sendiri bagi menunaikan haji. Tidak perlu apa-apa sponsor dan apa-apa sumbangan pun.

TETAPI, disebabkan permainan kotor UMNO dan beberapa kerat pengkhianat, isu tajaan haji TGNA oleh seorang individu yang ingin menunaikan hajat/nazar telah dengan sengaja dipolitikkan dan dijadikan isu, maka hari ini kami turut serta dalam kempen 'RM2 untuk Tok Guru Ke Mekah seperti yang dipaparkan disini.

Hujjah di lawan dengan hujjah, perang saraf dilawan dengan perang saraf. Ayuh sama-sama bangkit kita lawan Umno habis-habisan.

Kita buktikan bahawa RAKYAT YANG TIDAK ADA APA-APA KEPENTINGAN YANG MENAJA HAJI TGNA. Kita tengok Umno nak kata apa lepas ni.

Orang ditaja Haji kita bising, kita ditaja 'ayam golek' tak bising-bising pun?

ISU PENAJAAN HAJI TGNA nampaknya semakin reda dan rakyat mula mendapat maklumat yang sebetulnya daripada pihak TGNA. Cuma Umno saja yang sibuk menyalak bukit.

Umno, khususnya Pemuda Umno Kelantan bukan tidak tahu budaya orang Kelantan memang semacam itu, suka bawa haji (istilah Kelantan) mereka yang pada pandangan mata umum adalah orang yang alim, tawadduk, warak dan Ulama'.
Tetapi disebabkan inilah peluang mereka untuk memburuk-burukkan imej TGNA, maka mereka gunakan semahunya. Itu sudah lumrah Umno terutama Umno Kelantan yang terkenal dengan sikap talam dua muka dan munafiknya. Apa tidak munafiknya, pimpinan Pemuda sendiri masa di Timur Tengah dulu begitu gigih dan aktif dalam PAS, bercakap pun kalau tak sebut PAS sepatah rasa macam tak sah.

Tetapi bila balik ke Malaysia, topeng dan tembelang mereka mula pecah. Duduk di Timur Tengah sokong PAS, balik Malaysia sokong Umno dan sanggup mempergunakan dalil-dalil Al Quran untuk mempertahankan parti sesat itu.

Berbalik kepada perkara pokok tadi, isu tajaan. Kami heran dengan puak-puak jibauk Umno ini. Orang taja haji TGNA kamu bising bagai nak runtuh alam, tetapi pemimpin-pemimpin Umno dan pak-pak menteri yang ditaja 'ayam golek' kamu tak bising pun. Fitnah? Kami cuba tabur fitnah?

Sudahlah, semua orang tahu Pak Menteri mana yang kaki betina, Pak Menteri mana yang kaki minum air kencing setan, Pak Menteri mana yang kaki judi hingga hutang judi pun mencecah RM7 juta di Kota London. Kalau tak percaya, cuba tanya orang-orang Sabah, pemimpin Umno mana yang kami maksudkan.

Bekas Menteri Besar Selangor dan keluarga serta ahli-ahli rombongan yang ditaja ke Disneyland kenapa korang semua tak heboh?

Jangan terkejut jika keputusan memihak kepada BN / SPR Jumaat ini

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH yang diterajui PAS baru saja memperolehi 'kemenangan moral' semalam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Dun Kota Seputeh kosong sebagaimana yang diisytiharkan oleh Speaker Dun Kedah sebelum ini.

Sebelum ini SPR telah menyatakan bahawa kerusi tersebut tidak kosong dan tidak perlu diadakan satu pilihanraya kecil kerana penyandangnya masih sah,. Bersorak sakanlah puak dan juak Datuk Abu Hassan Sarif. Gembira sakan lah adanya.

Tetapi, 'disangkakan panas membawa ke petang, rupanya hujan ditengahari'. Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan sekaligus membatalkan keputusan tidak tepat SPR sebelum ini.

Dengan wajah sugul, Datuk Abu Hassan Sarif keluar dari mahkamah dan mendakwa bahawa beliau akur dengan keputusan tersebut dan akan membuat rayuan dalam masa terdekat.

SPR pula akan membuat rayuan untuk menangguhkan keputusan tersebut dan akan didengar Jumaat ini.

Kalian semua jangan terkejut sekiranya pada Jumaat ini keputusan menyebelahi SPR dan BN. Perkara ini pernah terjadi sebelum ini. Tentu masih ingat lagi bukan kes Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin? Hari ini isytihar besok lusa ditangguh sehingga terpaksa pula merayu di Mahkamah Persekutuan. Setakat ini rasanya semua berjalan mengikut skrip, tunggu babak kemuncaknya sahaja nanti.

Monday, November 16, 2009

SPRM perlu siasat SPR

DULU SPR gatai-gatai tangan isytiharkan DUN Kota Seputeh kekal ditangan ADUN BN, Abu Sharif. Tetapi hari ini, dengan hujjah dan dokumen yang hampir sama mungkin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Dun Kota Seputeh kosong.

Orang yang pertama menggelupur dengan keputusan ini mestilah penyandangnya, Datuk Abu Sharif. Dan manusia kedua yang kecundang pula ialah Muhyiddin. Mentang-mentanglah dia Timbalan Presiden Umno, sedap-sedap dia aje nak arahkan Abu Hassan Sarif hadir sidang DUN. Nah sekarang dah jelas pendirian Speaker Kedah tu betul, so macam mana Muhyiddin? Nak arahkan Abu Hassan tu hadir jugak ke?

SPR pula apa cerita? Atas pertimbangan undang-undangkah kalian semua membuat keputusan untuk mengekalkan kerusi Kota Seputeh itu kekal sedikit waktu dulu? Atau atas dasar ingin membantu Umno?

SPRM sepatutnya menyiasat Pengerusi SPR dan semua yang terlibat membuat keputusan terdahulu. SPR telah menyalahgunakan kuasa mereka. Sila siasat segera.

ZAMAN PAS TIDAK BOLEH DITEGUR SUDAH BERLALU..

KALAU betul kita mahu jadi parti alternatif atau pengganti kepada Umno BN, kalau betul kita mahu jadi parti yang dominan, tanpa menggadaikan dasar dan prinsip Islam, dan kalau betul kita sebagai Jemaah Dakwah, kita perlu berubah 200 %.

Zaman sudah berlalu, citarasa politik juga sudah berubah. Ini bukan zaman 50an, bukan juga zaman 70an. Ini era Milenium Abad 21. Cabaran dan rintangan tentu hebat dan muncul dalam pelbagai rupa. Jadi berubahlah dan berlapang dada lah kalian semua dalam menerima kritikan pedas ahli dan bukan ahli.

Kita kena sedar dari mimpi yang panjang, dan kita juga perlu ingat bahawa ZAMAN PAS TIDAK BOLEH DITEGUR SUDAH BERLALU.

Sunday, November 15, 2009

Secangkir kopi pahit dan secawan Mocha

DULU-DULU, secangkir kopi kaww dihidang bersama ubi kayu rebus yang bermandikan kelapa parut begitu membuka selera terutama di musim tengkujuh begini. Hidangan yang pasti akan menghangtkan dan merancakkan lagi suasana sebuah perbincangan.

Tetapi itu cerita dulu, di masa Mocha, Tongkat Ali, Capucino, Latte dan pelbagai aneka minuman belum lagi menguasai pasaran. Kini selera telah berubah. Jarang sekali kedengaran anak muda mahupun yang matang usianya memesan kopi kaww bila di kedai kopi atau mana-mana restoran. Semuanya telah bertukar selera, tongkat ali mungkin, atau mungkin juga Mocha dan macam-macam lagi yang pastinya bukan lagi secangkir kopi pahit.


Begitulah juga lumrah kepimpinan sekarang ini. Kalau dulu, PAS hanya dihuni dan digagahi golongan Pak Lebai, orang agama dan orang kampung. Tetapi kini, PAS bukan lagi hanya untuk Pak Lebai atau orang kampungan. PAS mula didekati golongan terpelajar, tokoh akademik, profesional dan pelbagai latar belakang.

Jadi, sepatutnya ahli PAS tidak cepat melatah dengan kepelbagaian latar belakang ahli-ahlinya. Ulama' dan Profesional perlu berpadu dan saling ikat mengikat bagi mewujudkan PAS yang lebih kukuh dan gagah berani menongkah arus politik semasa.

Profesional perlu gunakan kepakaran yang ada untuk meningkatkan imej PAS dimata rakyat, dengan mengambil kira bimbingan dan tunjuk ajar golongan Ulama'.

Ulama' pula perlulah kreatif dan sedia menerima perubahan ke arah kebaikan, selagi ianya tidak bersalahan dengan hukum hakam agama. Jangan terlalu jumud dan jangan pula sesekali menyempitkan ruang dakwah.

Ulama' harus meneraju perubahan, bukannya bersikap seperti katak yang bermahligaikan tempurung yang kebetulan diindah cantikkan dengan warna warni yang mempersonakan.

Kalau masyarakat hari ini memandang Ulama' tidak mampu mentadbir dan memerintah, jangan salahkan masyarakat kerana kita sendiri para Ulama' telah gagal meyakinkan mereka. Kita lebih selesa menghukum itu haram ini halal tanpa memikirkan pendekatan dakwah yang lebih lunak untuk memenangi hati mereka yang berada diluar Jemaah.

Apa salahnya kita kreatif berdakwah sekali ianya tidak bersalahan dengan hukum? Kita tahu dunia sekarang adalah dunia yang penghuninya sukakan hiburan, jadi kenapa kita tidak gunakan hiburan sebagai medan dakwah? Takkanlah tiada ruang langsung dalam dunia hiburan itu yang boleh digarap untuk jalan dakwah? Wali Songo pernah menggunakan wayang kulit (yang tidak mengandungi unsur-unsur syirik) berdakwah kepada masyarakat. TGNA juga begitu kreatif menggunakan hiburan sebagai salah satu medan dakwah.


Lu Fikirlah Sendiri... kata si Nabil.

Yang BEBAL pasti akan tenggelam.

DALAM menghadapi kemelut yang terus hebat melanda PAS ini, pengorbanan sememangnya perlu. Kepentingan parti dan Jemaah perlu diletakkan jauh ke hadapan mengatasi kepentingan diri dan nafsu.

Kritikan yang dihamburkan, walau bernada marah, pedas, mengutuk keji, membina, positif dan negatif harus diterima dengan dada yang lapang dan pemikiran yang kreatif.

Kritikan bukan untuk menjatuhkan, kritikan bukan untuk menghukum, kritikan bukan untuk menghina, kritikan bukan untuk melobi, tetapi kritikan terhambur bila nasihat dan pendekatan lunak sudah tidak dihiraukan pihak yang dikritik.

Dalam mana-mana organisasi sekalipun, YANG BEBAL PASTI AKAN TENGGELAM. Samada tenggelam dalam kemusnahan, atau tenggelam dengan sokongan yang membawa rebah, mahupun tenggelam dalam kemunafikan yang berpanjangan.

Jika kalian yang dikritik tidak bebal sifatnya, ayuh buktikan. Jika kalian tidak mahu terus dilabelkan sebagai BEBAL, bangkitlah dan perbetulkan keadaan.

Tetapi jika kalian selesa dan bangga dengan pangkat BEBAL itu, teruskanlah kerja khianat anda kepada jemaah dan parti. Aturkan perancangan demi perancangan, perjumpaan sulit demi perjumpaan sulit, persekongkolan demi persekongkolan samada dengan Umno mahupun dengan siapa saja yang berwajah dan berwadahkan Umno sebagai anutan, KERNA ITU MEMANG SESUAI DENGAN SIFAT KEBEBALAN KALIAN.

Artikel ini ditujukan kepada siapa saja termasuk kononnya Pimpinan PAS yang begitu tergila-gilakan Kerajaan Perpaduan yang ibarat api dalam sekam itu. Dipandang mata memang tak nampak, tapi membakar dengan perlahan didalam.

Kerajaan Kelantan perlu wujudkan Badan Hisbah

SEINGAT kami, semasa kempen PRU tahun 1990 lepas, PAS Kelantan ada berjanji dengan rakyat untuk menubuhkan Badan Hisbah bagi memantau setiap gerak laku para wakil rakyat dan pemimpinnya dalam mengurus dan mentadbir negeri.
Akan tetapi tidak tahulah dimana tidak kenanya badan pemantau tersebut sehingga kini tidak juga tertubuh. Sudah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.
Apapun alasan yang diberikan untuk menjustifikasikan ketidak tubuhan badan tersebut, ianya dilihat sesuatu yang janggal dan mengiyakan sesetengah pendapat liar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan hasrat penubuhan badan tersebut.
Mungkin Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan boleh bagi komen dalam hal ini. Rakyat Kelantan nak tahu.

Isu Perjumpaan dengan bloggers: Timbalan Presiden dan PJ Selangor kenapa tidak diambil tindakan?

Bukti bergambar siri pengkhianatan Timbalan Presiden
dan PJ Selangor terhadap parti?


KAMI dah mula pelik dengan sikap sesetengah pemimpin PAS, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bukan lagi satu rahsia kepada umum bahawa Hassan Ali telah mengadakan perjumpaan dengan bloggers (Umno dan PAS) di rumahnya, yang turut dihadiri oleh TIMBALAN PRESIDEN dan juga ROSLAN SMS.

Persoalannya, kenapa watak-watak jahat ini tidak diambil tindakan? Bukti berbentuk gambar jelas, bukti berbentuk rakaman suara pun jelas. Siap pecahkan rahsia parti lagi (Bai'ah) didepan para blogger Umno dan PAS UG.

Program Rasmi Parti
Ada yang mendakwa tindakan disiplin tidak perlu kerana itu program rasmi parti dan buktinya yang hadir adalah Timbalan Presiden sendiri.

Hampir nak luruh jantung kami bila dakwaan dangkal tersebut dikemukakan semata-mata untuk menghalalkan kerja-kerja pengkhianatan ini. Kalau itu program rasmi parti, kenapa tidak dibuat di markaz rasmi? Kenapa perlu dirumah Hassan Ali yang kemaruk nak jadi MB Selangor itu?

Justifikasi kehadiran
Kalau itu program parti, apa justifikasinya kehadiran bloggers Umno yang keparat dan pengkhianat itu? Atau adalah selama ini PJ Selangor dan Timbalan Presiden sudah acap kali buat perjumpaan sulit semacam itu dengan puak-puak bloggers Umno. Patutlah rahsia parti banyak yang terlepas kepada musuh sejak akhir-akhir ini. Rupa-rupanya ada gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam.
kenapa tidak kena tindakan?
Kami tidak mahu nak ulas panjang, apa yang kami mahu tanya kepada Jawatankuasa Disiplin dan juga Pimpinan Tertinggi termasuk Presiden hanya satu soalan mudah sahaja.... KENAPA TIMBALAN PRESIDEN DAN PJ SELANGOR SERTA ROSLAN SMS TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN PARTI sedangkan jelas mereka bersekongkol dengan musuh?

Saturday, November 14, 2009

Isu Tajaan Haji: SEMUANYA SALAH TOK GURU SEBAB...

ISU TAJAAN HAJI Tok Guru Nik Aziz oleh seorang individu sebanyak RM65,000 mendapat ruang yang begitu istimewa oleh akhbar-akhbar dan blog milik Umno BN dan musuh-musuh politik beliau. Mereka menggunakan ruang dan kesempatan yang ada ini semahu-mahunya bagaikan bulan telah jatuh ke riba, atau emas hadir dalam periuk nasi mereka.

Sebelum memberi sedikit komentar yang mungkin dianggap tidak berapa ilmiah oleh sesetengah pengunjung blog tuan ini, izinkan saya cerahkan dan hadamkan beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan iman dan realiti sebenar di Kelantan.

Pertamanya, rasa hormat dan rasa terima kasih rakyat Kelantan terhadap golongan agama dan Tok Guru agama masih lagi yang teratas. Mereka ini tidak memuja artis sebagaimana lazimnya sesetengah pihak memuja artis bagai nak rak, mereka juga tidak memuja pembangunan sebagaimana lazimkan orang lain memuja pembangunan. Bagi mereka, Ulama mendapat tempat yang begitu istimewa dan mereka faham dan lumat akan maksud 'Ulama' adalah Pewaris Nabi'.

Penghargaan mereka terhadap Ulama' adalah pelbagai, salah satunya (bagi yang berkemampuan) adalah menaja pakej haji mana-mana Ulama' yang bagi mereka layak menerima penghargaan tersebut.

Sebelum TGNA dedahkan bahawa pemergiaan haji beliau pada 17 Nov ini ditaja seseorang, bukan tidak pernah tajaan seperti ini berlaku. Tanyalah mana-mana Ulama Besar di Kelantan ini, pasti mereka juga akan akui menerima tajaan tersebut. Itu sudah menjadi darah daging dan budaya turun temurun rakyat Kelantan; memulia dan meraikan Ulama'.

Zaman kegemilangan Tok Kenali dulu, beliau atau anak muridnya akan membawa sebiji bakul kalau ke pasar. Apa tujuannya? Tujuannya hanya satu, untuk memuatkan barang-barang dapur atau ikan, sayur dan apa saja yang disedekahkan oleh peniaga di pasar terbabit kepada beliau dan anak muridnya. Kalau kejadian itu dibawa ke hari ini, sudah tentu perlakuan itu nampak janggal dan tidak masuk akal, malah mungkin ada yang berani mendakwa Tok Kenali menerima rasuah. Tetapi benarkah dakwaan itu? Sudah tentunya tidak sebab itulah cara rakyat Kelantan memulia dan meraikan Ulama pada waktu itu.

Berbalik pada isu tajaan haji TGNA tadi, begitu jugalah roh dan semangatnya. Semua itu (penajaan haji) adalah atas sifat untuk memuliakan Ulama semata-mata dan meneruskan Budaya Orang Kelantan. Jadi apa yang pelik sangat? Kenapa perlu diperbesar-besarkan?

Keduanya, sebelum kalian semua membuat persepsi liar dan menilai TGNA, berapa orang yang sudah tambil menjunjung kasih mengadap beliau dan bertanyakan secara anak jantan atas dasar dan tujuan apakah tajaan haji tersebut, dan atas nas-nas apakah TGNA terima tajaan tersebut? Rasanya masing-masing sekadar bersandarkan persepsi dan telahan liar, dan bukannya datang dari mulut TGNA sendiri.

Ketiganya, tahukah kalian bahawa TGNA penuhi permintaan si penaja dan sanggup menerima tajaan haji tersebut semata-mata untuk memenuhi niat (nazar) seseorang? Kalian semua tidak tahu bukan? Habis kenapa semua perlu begitu cepat melatah kalau tidak tahu hujung pangkal? Kita sebagai ahli dan penyokong PAS sepatutnya berdiri teguh bersama-sama TGNA dan mempertahankan beliau dalam isu ini, bukannya turut tumpang semangkuk untuk menjatuhkan beliau.

Keempatnya, disinilah terletak SALAH TOK GURU. Isu ini terjadi sebenarnya berpunca daripada TGNA sendiri, SEMUANYA salah Tok Guru. Salah TGNA disini ialah SUKA SANGAT BERCAKAP BENAR. Orang moden yang berwadahkan 1Malaysia sekarang ini sudah tidak suka MANUSIA YANG BERCAKAP BENAR. Mereka lebih percayakan pembohong dan pemutarbelit daripada Ulama yang hidup dan matinya hanya untuk Islam. Sekian.

p/s: saya memberi keizinan penuh kepada blog tuan untuk menyiarkan pendapat saya ini memandangkan saya lihat blog tuan ini berani mengkritik perkara yang tidak betul didalam sesetengah benak pemimpin. Saya setuju ungkapan tuan bahawa 'terimalah pahit ubat, kerana sifat pahitnya itu untuk tujuan merawat'.



Selamat maju jaya dari,

Presiden TGNA FC.

Kalau kedudukan sebagai Presiden tidak terjejas, bagaimana pula kedudukan PAS dimata masyarakat?

KAMI pun sudah mula pelik dengan pendekatan politik Tuan Presiden yang amat dikasihi. Dalam pada ahli dan penyokong PAS dok kalut pasai penerimaan dan pengaruh PAS dikalangan masyarakat Malaysia semakin merudum, boleh pulak Tuan Presiden dok canang bahawa kedudukan beliau sebagai Pemimpin No SATU PAS tidak terjejas.

Pertama, ingin diingatkan kepada Tuan Presiden, Jawatan Presiden bukan JAWATAN NOMBOR SATU DALAM PAS. Kita masih ada MURSYIDUL AM di atas sana (kalaupun Tuan Presiden masih sedar akan kewujudan beliau).

Keduanya, sudah-sudahlah tu mempertahankan jawatan yang tidak mampu Tuan Presiden sendiri galas dan pikul. Ramai lagi yang lebih berkelayakan. Apa guna kita bangga kita masih tidak terjejas jawatan Presiden, sedangkan dalam masa yang sama PAS terus merudum dan terperosok jauh ke dasar dari segi sokongan dan dokongan rakyat Malaysia.

Apa yang kami takut, apa yang kami khuatir, Tok Guru Presiden diberi maklumat yang salah dan dalam masa sama dikelilingi Penasihat yang salah. Sudah pasti SOKONG AKAN MEMBAWA REBAH. Dengan niat untuk mengekalkan jawatan Presiden, Tok Guru sebenarnya memperjudikan nasib dan masa depan Jemaah. Itu satu tindakan yang tidak boleh diterima.
Memang betul 'baju' yang dipakai oleh Tok Guru Presiden adalah 'baju amanah'. Tetapi itu bukan bermakna 'baju amanah' tersebut tidak langsung boleh dibuka atau diserahkan kepada orang lain.

Misal kata, kita sebagai Panglima angkatan Perang yang memimpin satu ketumbukan yang kuat dan datang dari pelbagai latar belakang, perang kita berlanjutan, ketumbukan kita semakin hilang semangat, kita pula semakin hilang punca, hilang arah dan strategi, salahkah kalau kita serahkan amanah Panglima Perang tersebut kepada orang lain (hatta anak buah kita sekalipun) atas dasar ingin memenangi peperangan tersebut.
Atau kita lebih rela mengorbankan anak-anak buah (jemaah) sendiri semata-mata kita bangga dengan 'baju amanah' yang dianugerahkan?
Tok Guru Presiden, masa kita bukannya panjang. 2 tahun bukan merupakan satu masa yang sesuai untuk kita terus begelut menyelesaikan masalah dalaman, sedangkan Umno BN sedang mara dengan hebat ke dalam kubu kita untuk menyerang dan menyerang.

Kalau sudah terbukti dan rasa diri tidak mampu, serahkan 'baju amanah' itu segera kepada mereka yang lebih berhak. Jangan sampai kita akan disalahkan nanti oleh anak cucu kita. Sejarah tidak akan luput Tok Guru Presiden. Jangan rosakkan reputasi Kepimpinan Ulama'.

Ini suara rakyat buat Pakatan Rakyat

Rakyat 1Malaysia dah bersuara, kini terpulang kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk buat keputusan mana yang terbaik. Kami sokong 100% Tok Guru Nik Aziz ketuai Pakatan Rakyat Malaysia. Mursyidul Am Pakatan Rakyat? Ok gak tu...



Husam Musa perlu beri penjelasan isu Kickdefella dan PMBK

SEHARI dua ini, isu yang paling hangat melanda iklim politik Kelantan adalah penamatan kontrak Kickdefella secara serta merta daripada PMBK.

Dalam satu Sidang Media khasnya bagi memberi respon terhadap penamatan kontraknya, Kickdefella telah mendakwa bahawa beliau berkhidmat untuk Datuk Husam Musa, dan bukannya PMBK walaupun gajinya dibayar oleh PMBK.

Bagi kami tuduhan itu serius dan sebagai hamba rakyat dan ahli parti, sudah tentu kami memerlukan penjelasan lanjut. Kami mahu tahu fakta sebenar agar dalam hal ini tidak ada mana-mana pihak yang dijadikan kambinghitam.
Oleh yang demikian, penjelasan dan pendedahan Datuk Paduka Husam Musa mengenai dakwaan Kickdefella adalah perlu demi untuk membersihkan nama beliau.

Friday, November 13, 2009

Tok Guru jadi pilihan Zaid Ibrahim untuk Ketuai Pakatan Rakyat



KUALA LUMPUR, Nov 13 — The opposition bloc should name Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat to be chairman of the Pakatan Rakyat Malaysia to foil any further attempts by Umno to have “unity government” talks with PAS, Datuk Zaid Ibrahim said today.

The maverick politician also wondered aloud why none of the three parties making up the Pakatan have mentioned the coalition except to clarify that he is the pro-tem chairman.

He also confirmed The Malaysian Insider's report that the Pakatan Rakyat Malaysia submitted its registration on Nov 3.
Sumber: Kopitiam Bang Nan

Thursday, November 12, 2009

PAS tetap perlukan EGM

SEMINAR Politik pada 7 November lepas berjalan bukan seperti yang diharapkan. Tindakan tidak matang sesetengah pemimpin yang 'menyerang' hebat tetamu parti makin mencacatkan perjalanan dan tujuan sebenar seminar tersebut diadakan.

Harapan ahli akar umbi pada seminar tersebut tinggi menggunung. Tidak lain dan tidak bukan ahli akar umbi mengharapkan agar seminar yang diadakan itu betul-betul mampu merungkaikan pelbagai masalah dalaman parti yang makin hari makin menampakkan kekusutan.

Ramai yang setuju bahawa apabila Mursyidul Am bersuara, maka adalah tu perkara yang tidak kena dan tidak cocok dimatanya dan juga di mata ahli-ahli parti. Saranan agar diadakan EGM oleh Mursyidul Am itu tentulah disandarkan kepada satu keperluan yang mendesak untuk menyelamatkan parti PAS yang dilihat semakin hilang kepercayaan, dan dalam masa sama sesetengah pemimpin sedang lena dibuai mimpi indah rentetan kemenangan selesa pada Mac 2008 lepas. Bagi mereka, rakyat Malaysia kini sudah betul-betul menolak Umno BN, dan datang kepada PAS dan Pakatan Rakyat secara ikhlas, bukannya sebab protes.

Kalau mereka terus begini, ternyata mereka silap. Puak-puak Pro UG pula sedang khayal dengan cita-cita gila untuk berpadu dalam sebuah Kerajaan Perpaduan, dan mereka bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya sehinggakan sanggup mengadakan Pertemuan Sulit di London dengan Wakil Umno untuk membincangkan perkara itu secara serius. Wakil puak-puak Pro UG pula bukan calang-calang individu, berjawatan yang atas-atas dalam parti. Semua ini (pertemuan sulit) adalah satu pengkhianatan kepada parti dan kepercayaan ahli-ahli parti.

Di Selangor, lain pula ceritanya. Exco yang tidak kesampaian cita-citanya untuk menduduki kerusi MB Selangor telah berunding dengan Umno untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan Selangor seawal 9 Mac 2008 lagi. Kerja gila apakah semua ini?

Maka tidak peliklah Yang Amat Berhormat Mulia Tok Guru Nik Aziz sebagai Kapten telah mensyorkan satu EGM perlu diadakan untuk membersihkan PAS daripada dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah (iaitu Nasarudin Mat Isa, Mustafa Ali dan Hassan Ali). Mereka ini bebal lagi membebalkan. Keras kepala mengalahkan keras batu di pergunungan.

Kemelut demi kemelut dicipta ketiga-tiga manusia yang bermasalah ini. Mereka sudah tidak hiraukan lagi Mursyidul Am, malah ada yang sudah berani sanggah dan sergah TGNA sebagai Mursyidul Am pun. Padahal merekalah yang berbuih-buih mulut melelong perkataan wala' kepada pemimpin. Mereka sendiri bagaimana? Adakah mereka wala'? Tidak.. tidak jawapannya.

Tok Guru Presiden yang dikasihi pula diam membisu seolah-olah hilang taring. Keputusan beliau banyak dipengaruhi oleh orang yang berada disekelilingnya. Hinggakan untuk menjawab persoalan di sidang akhbar pun masih dibayangi oleh orang disekelilingnya. Tok Guru Presiden yang kami kasihi ini dipergunakan semahu-mahunya oleh mereka-mereka yang berada disekelilingnya. Sokong membawa rebah merupakan perkataan paling tepat untuk menggambarkan situasi ini. Dan Tok Guru Presiden yang gagal bertindak tegas ini telah mengesahkan bahawa beliau merupakan 'Pak Lah Versi PAS'.

Oleh sebab itulah, untuk mengatasi masalah dalaman PAS ini, dan menghentikan perpecahan demi perpecahan ini, maka PAS memerlukan satu EGM. Mesyuarat Khas, Seminar dan Jawatankuasa Disiplin tidak cukup untuk mengubati luka ini. Adakan saja EGM untuk membersihkan pemimpin-pemimpin yang bermasalah. Mereka perlu disingkirkan dan dikorbankan sebelum rakyat menyingkir dan menghukum kita.

Kalau tidak berbuat salah, kenapa perlu takut untuk ber EGM? Hanya yang buat kesalahan sahaja takut EGM biasanya.


Kami mengundi untuk EGM diadakan.